Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Monday, October 19, 2009


Salam ukhwah dan persaudaraan... .
sebagai seorang hamba Allah yang beriman semestinya kita mencegah dari perkara-perkara yang syirik dan boleh memudaratkan orang lain dan diri kita sendiri. Wahai umat manusia jangan lah sesekali kita leka dalam mengejar kepentingan diri sendiri kerana Allah tidak menyukai orang yang seperti ini malahan Allah membenci. Berilah pertolongan kepada saudara kita yang memerlukan kerana hidup kita hanya sekali tiada duanya begitu juga dengan Allah S.WT hanya satu tiada duanya. Wahai umat manusia sebagai manusia hendaklah kita bersyukur dengan setiap apa yang diberikan olehnya dengan penuh kesabaran, keimanan, ketakwaan dan penuh keikhlasan kerana sesuatu yang di kirim kan kepada kita manusia adalah yang terbaik olehNYA. Ingat lah wahai umat manusia setiap kejadian di atas muka bumi ini adalah yang terbaik dan manusia itu adalah sebaik baik kejadian, jadi janganlah umat manusia ini lupa denga akal yang diberikan olehNYA kita sia-siakan. wahai umat manusia jangan lah kita lupa juga tentang kematian kerana ianya amat menyakitkan, sakitnya tidak terperi. wahai umat manusia janganlah kita terlalu bersenang lenang di atas muka bumi ini, jangan lah kita berbangga dengan kekayaan, pangkat yang tinggi, paras rupa, kekuatan apabila kita berjalan di atas bumi Allah ini kerana semua itu datang nya daripada Allah S.W.T. wahai uamat manusia bentuklah jati diri, moral, ilmu dalam diri kita manusia dalam menghadapi dunia dan akhirat. sesungguhnya kekuasaan Allah itu tiada tolok bandingnya.wahai umat manusia ketahuilah kamu wahai umat manusia sesungguhnya Allah itu maha pengampun, maha penyayang. Dekatilah diri kita denganNYA kerana Allah mendengar apa yang kita keluh kesahkan. wassalam.