Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Sunday, September 13, 2009

Guru Lama: Cikgu Ghazali bin Mat Tahir (Pak Long Zali)


Cikgu Ghazali bin Mat Tahir (Paklong Zali)
Felda Kumai, Bera, Pahang Darul Makmur
Tel: 017-3255659

__________________________________

Paklong Zali merupakan seorang peneroka di Felda Kumai, Bera yang mana telah berpindah ke sini pada 11.08.1986.

Pada saat tersebut dan ikhlas perjuangan Gayong, beliau menubuhkan gelanggang silat seni Gayong di Felda Kumai.

Kini bukan sahaja di Felda Kumai tetapi selain daripada Daerah Bera, beliau telah menubuhkan gelanggang di sekitar Temerloh, Kuantan, Muadzam dan beberapa kawasan di Pahang dengan bantuan guru-guru latih PSSPGM luar dan anak-anak murid beliau sendiri.

Kesungguhan perjuangan dan kepimpinan beliau cukup disegani di Pahang dan terpilih menjawat jawatan Pengerusi PESAKA di sana.

Selain daripada seorang individu yang pernah mendapat asuhan daripada tangan ADMAR di gelanggang Gurun serta asuhan Pakandak Majid Mat Isa, beliau dikatakan mempunyai susur galur persaudaraan dengan beberapa tokoh Gayong yang lain. Ini memberikan beliau beberapa kelebihan dalam menuntut ilmu ditambahkan lagi dengan kesungguhan beliau.

Beliau juga seorang yang terdidik dengan amalan kerohanian dan diasuh oleh beberapa tokoh yang dikatakan mahir dan pakar amalan kebatinan dan kerohanian Gayong. Daripada perbualan ramai dan cerita-cerita tentang perjuangan beliau dalam Gayong ini boleh dikatakan pengamatan tersebut benar. Maka rugi sekiranya guru lama sebegini tidak dilawati dan dikenali dengan lebih dekat.

Namun yang pastinya, Paklong merupakan orang yang mudah mesra dan diajak berbual. Malah orangnya amat-amat tidak kedekut pengalaman dan ilmu.
Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang beliau telah lalui dan alami, beliau masih gagah untuk memperjuangkan gayong ini bersama-sama semangat anak-anak murid beliau yang taat setia bersama beliau dalam memperjuangkangayong ini, kerana inilah PUSAKA GAYONG yang tinggal.

Pihak kami amat berharap semangat Gayong ini dapat diserapkan kepada pejuang Gayong muda di negeri Pahang serta sikap merendah diri dan islamik beliau dapat dijadikan contoh kepada Anak Gayong Pahang.

Sunday, August 16, 2009

MANDI TAPAK DI KOMPLEKS RAKAN MUDA DAERAH BERA PADA 13 OGOS 2009


















persiapan mandi tapak cawangan Kerayong Bera, Pahang,
dan penerangan tentang seni silat Pusaka Gayong oleh Cikgu Ghazali B. Mat Tahir.

Wednesday, August 12, 2009

PERSEMBAHAN SILAT DI MAJLIS PERASMIAN KECERGASAN " TIADA ALASAN " PERINGKAT NEGERI PAHANG BERTEMPAT DI KG.BATU PAPAN, BERA PAHANG PADA 9 OGOS 2009

































Ahli Pusaka Gayong Felda Kumai telah menghantar wakil dalam pertandingan futsal pada majlis kecergasan ' Tiada Alasan ' peringkat Negeri Pahang pada 9 ogos 2009 bertempat di Kg. Batu Papan Bera Pahang.

Tuesday, August 4, 2009

PSSPGM CAWANGAN FELDA KUMAI MELAWAT GELANGANG PUSAT DAN TURUT BERSAMA DALAM PERHIMPUNAN GAYONG YANG DIADAKAN DI TITI HAYUN,GURUN KEDAH PADA 2 OGOS 09






























Ahli Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Cawangan Felda Kumai bergambar kenangan bersama tuanguru majid pada perhimpunan gayong yang di adakan pada 2 ogos 2009 bertempat di Titi Hayun Gurun Kedah.















kelab pertubuhan seni silat pusaka gayong selangor bergambar kenangan bersama tuan guru majid.
upacara mandi seni oleh tuanguru majid kepada ahli seni silat pusaka gayong malaysia
cawangan felda kumai.