Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

Monday, July 6, 2009

Mesyuarat Agong Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia cawangan Felda Kumai bertempat di Pusat Dalam Komuniti ( PDK ) Felda Kumai.


MESYUARAT AGONG SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA ( PSSPGM )
CAWANGAN FELDA KUMAI.


Mesyuarat Agong ini di buat bertujuan untuk memastikan gelangang silat di felda kumai berfungsi dengan sebaiknya, selain dari itu perlantikan ahli jawatankuasa ini juga dapat memastikan pergerakan pertubuhan silat ini dapat mencapai matlamat dan misi dengan jayanya, seperti mana amanat yang telah di tinggalkan oleh Tuan Guru Mior Abd Rahman sendiri.
dengan bimbingan cikgu zali dan semangat beliau, semua ajk-ajk yang dilantik akan memegang amanah
dan tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya.
Dan minit mesyuarat agong ini serta laporan
tahunan akan di hantar kepada Gelanggang Pusat Gurun Kedah mulai tahun ini.
mesyuarat ini juga telah membincangkan tentang aktiviti yang akan di lakukan sepanjang tahun ini seperti mandi tapak kepada peserta baru, mandi minyak, perkhemahan dan selebihnya akan di paparkan di dalam blog ini dalam ruangan aktiviti silat felda kumai.















tempat : Pusat Dalam Komuniti (PDK ) Felda Kumai.
tarikh : 4 Julai 2009
masa : 9.00 malam

kehadiran seramai 29 orang


No comments:

Post a Comment