
Tuesday, July 28, 2009
sempat lagi main tasek abang kita ni rupenye.... .
ponteng lah tuu....... .

Monday, July 6, 2009
Mesyuarat Agong Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia cawangan Felda Kumai bertempat di Pusat Dalam Komuniti ( PDK ) Felda Kumai.

MESYUARAT AGONG SENI SILAT PUSAKA GAYONG MALAYSIA ( PSSPGM )
CAWANGAN FELDA KUMAI.
Mesyuarat Agong ini di buat bertujuan untuk memastikan gelangang silat di felda kumai berfungsi dengan sebaiknya, selain dari itu perlantikan ahli jawatankuasa ini juga dapat memastikan pergerakan pertubuhan silat ini dapat mencapai matlamat dan misi dengan jayanya, seperti mana amanat yang telah di tinggalkan oleh Tuan Guru Mior Abd Rahman sendiri.
dengan bimbingan cikgu zali dan semangat beliau, semua ajk-ajk yang dilantik akan memegang amanah
dan tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya.
Dan minit mesyuarat agong ini serta laporantahunan akan di hantar kepada Gelanggang Pusat Gurun Kedah mulai tahun ini.
mesyuarat ini juga telah membincangkan tentang aktiviti yang akan di lakukan sepanjang tahun ini seperti mandi tapak kepada peserta baru, mandi minyak, perkhemahan dan selebihnya akan di paparkan di dalam blog ini dalam ruangan aktiviti silat felda kumai.
mesyuarat ini juga telah membincangkan tentang aktiviti yang akan di lakukan sepanjang tahun ini seperti mandi tapak kepada peserta baru, mandi minyak, perkhemahan dan selebihnya akan di paparkan di dalam blog ini dalam ruangan aktiviti silat felda kumai.
tempat : Pusat Dalam Komuniti (PDK ) Felda Kumai.
tarikh : 4 Julai 2009
masa : 9.00 malam
kehadiran seramai 29 orang
Monday, June 29, 2009
Gelanggang Silat Pusaka Gayong Cawangan Felda Kumai

antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti gimnastik, tumbuk 4 kali, tempur, masai dan
sebagainya.

Latihan yang di jalankan mengikut jadual yang telah di tetapkan. Gelanggang ini telah mendapat galakkan dari semua pihak dan telah di bimbing oleh
Cikgu Ghazali Bin Mat Tahir atau lebih dikenali sebagai paklong zali. Beliau telah di bantu oleh anak murid nya dalam menjalan dan meneruskan seni tradisi turun temurun ini walaupun liku-liku telah beliau lalui, dan dengan harapan beliau selalu berpesan supaya tradisi ini jangan sesekali ditinggalkan walau apa jua halangan yang datang.
antara anak murid yang telah bersamanya adalah mazuan bin mohamad, abd latif bin kamal basah, azmi bin harun, mohd hanis bin abd hamid,mohd kadir bin mat isa dan ramai lagi.kami berharap supaya warisan melayu ini akan diteruskan hingga hujung nyawa.
antara aktiviti-aktiviti didalam gelanggang.



gotong-royong dalam gelanggang..... .


antara gaya-gaya pendekar yang sedang berangan dan nak top jerrrr ......
jangan marah rrrr......... hhheeeeeee........ .
Subscribe to:
Posts (Atom)
























